Kulit cantik, memang merupakan idaman setiap orang, perempuan
juga lelaki. Masing-masing memang mementingkan kecantikan kulit. Tak guna ada
rupa paras yang menarik, tapi kulit kusam, kering dan tak bermaya kan?
Selain dari penjagaan luaran ~ membersihkan muka guna pencuci, bermasker bagai juga bermekap bagi mereka yang gemarkannya, penjagaan dalaman bagi saya adalah jauh lebih penting. Kata orang, seri dari dalam itu lebih kekal lama, dan juga lebih semulajadi.
American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
·
Menjaga kesegaran dan
keremajaan kulit
·
Melindungi kulit dari
sinar ultra-ungu
·
Menjaga kelembapan kulit
·
Menghapuskan radikal
bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
·
Sebagai antioksidan kuat
yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
·
Merangsang pembentukan
dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan,
kelenturan, serta kehalusan kulit
·
Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
·
Sebagai pelembap
·
Mencegah pigmentasi
·
Melambatkan tanda penuaan
·
Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
·
Mengurangkan kedutan dan
pembentukan garis-garis halus
·
Mencegah penuaan
·
Menjadikan kulit lebih
kenyal
·
Mencerahkan kulit
·
Menjaga kulit dari
sinaran UV
·
Mengurangkan parut
jerawat
·
Menjadikan wajah bersinar
dan bermaya
·
Menjadikan kulit wajah
lebih cerah dan kemerahan
·
Menjadikan wajah lebih
berseri
Bukan
itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C
dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam
tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita
lebih bertenaga selepas makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan