ATASI JERAGAT
Jeragat
adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya
menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan
penampilan.
Jeragat
juga dikenali sebagai tompok hitam,pigmentasi pada kulit atau biji hitamseperti
tahi llat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan,wajah dan
leher.Namun dengan teknologi dunia kecantikan,masalah jeragat kini boleh
diatasi.Ingin ketahui dengan lebih lanjut rawatan yang sesuai mengatasi masalah
jeragat?
Ketahui Apa Itu
Jeragat
Jeragat
tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam yang leper di
dalamlpisan kulit dan biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit.Masalah
pigmentasi adalah seperti melasme,freckles atau solar lentigenes.
Masalah biji atau
ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang
timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok),actinic keratoses dan skin
tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya
tumbuh pada leher muka dan celah ketiak.
Walaupun
jeragat tergolong sebagai enyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan
kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau
perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut
mampu menyebabkan kesan luka,berdarah dan bernanah pada kawasan yang
bermasalah.
Faktor penyebab
terjadinya jeragat
Ada beberapa faktor
yang boleh menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat.Antaranya kesan matahari dan
factor genetik.Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga boleh
menyebabkan berlakunya masalah jeragat pada kulit wajah.Selain pengambilan pil
perancang,masalah jeragat juga boleh berlaku pada kaum wanita apabila mereka
mengambil ubat-ubatan seperti amiodarone,bleomycine,chloroquine,antibiotic sepertiminocydine dan
lain-lain-lagi.
Kebiasaannya
jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas.Tetapi tidak
mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat
juga berpunca daripada factor genetik.Bagi wanita yang sering terdedah
dengan cahaya matahari,risiko berdepan kulit berjeragat tinggi.
Masalah
jeragat boleh juga disebabkan oleh kesan penggunaan alat mekap yang tidak
berkualiti dan bermutu rendah.Di samping itu jeragat boleh terjadi disebabkan
oleh masalah pada limpa.
Jenis Rawatan
RAWATAN MODEN
Jeragat
boleh dirawat sama ada menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau
secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu.Kesesuaian rawatan bergantung
pada jenis jeragat.
Bagi jeragat timbul
seperti seborrhoeic keratoses,actinic keratoses dan skin
tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim adalah tidak
sesuai.
Seborrho keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal
dengan menggunakanelectrocautery iaitu alat cautery yang
menghasilkan ‘heat’(haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam
berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair
nitrogen atau rawatan pembedahan laser.
Rawatan bagi melasme pula
adlah sapuan krim seperti krim hydroquinone,krim daripada
kombinasi hydroquinone,tretinoin dan steroid,krim isotrenoin atau
pengelupasan kimia.Melasme sering menyerang wanita kerana
selain daripada pendedahan cahaya matahari dan factor genetik,melasme juga
berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.
Melasme iaitu pigmentasi atau kelompok
leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini,kebiasaannya
boleh dirawat dengan rawatan krim tetapi ada juga pigmentasi yang tebal
dan dalam.Ia mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil yang
lebih baik.
Bagi
mengatasi jeragat,wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk
mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari
sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doctor untuk
mengenalpasti penyebab dan rawatan yang sesuai.
Semakin
berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit.Walaupun
jeragat adalah penyakit kulit,Ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa.Tetapi
bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka perlu berjumpa
doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.
RAWATAN TRADISIONAL
Selain
rawatan moden,masalah jeragat boleh diatasi dengan rawatan tradisional.Berikut
beberapa langkah yang boleh di lakukan bagi mengatasi masalah jeragat:-
-Sediakan
beberap helai sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk.Setiap pagi ambil
sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
-Ambil
2 inci daun betik,1 genggam beras,air dan 1 inci kulit kayu manis.Rendam
terlebih dahulu beras dengan air semalaman.Setelah ia kembang,kisar ataupun
tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.Setelah
siap,sapukan diseluruh muka anda dan biarakn ia kering lebih kurang 20 hingga
30 minit.Kemudian,lembabkan muka anda,gosok(seperti skrub) dan cuci.Gunakan air
suam untuk menyegarkan kembali kulit wajah.
-Ambil
putih telur,rendam tisu dalam putih telur dan tekapkanpada muka anda sehingg
tisu menjadi kering.Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
-Gosokkan
hampas kelapa diseluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan
selalu.Jeragat anda akan hilang dan kulit muka akan menjadi halus dan gebu.
NOTA
: (RAWATAN DI ATAS HANYA SESUAI UNTUK MASALAH JERAGAT YANG RINGAN SAHAJA)
Pengambilan Vitamin
Bantu Kurangkan Masalah Jeragat

-Terkenal sebgai vitamin
awet muda.Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan.Selain itu vitamin E juga
dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang
kulit.Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain
pengambilan beta carotene.
-Ianya
membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat).Tompokan hitam
pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup
protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.Untuk mendapatkan kulit
yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang
baik.
Air
-Sangat
penting dalam pengaliran darah,penyerapan semua nutrien dari sumber makanan
untuk diserap oleh tubuh.Kekurangan airboleh menyebabkan kita mempunyai kulit
yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.
Nak cuba produk Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai
cara:-
EMAIL: azurafaisal@gmail.com
SMS/Whatsapp:013-6017016
Add saya di facebook: Uya Ali
SMS/Whatsapp:013-6017016
Add saya di facebook: Uya Ali
Atau like kat Fan Page: Mummyvitamins
Salam Sayang dari mummyvitamins healthier life...
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan