
Perut buncit merupakan tumpukan lemak yang ada di tubuh kita. Jika bercakap tentang mengatasi perut buncit tentu kita akan bertanya bagaimana cara menghilangkan lemak yang ada pada tubuh kita??. Satu-satunya cara yang tepat iaitu dengan cara bersenam dengan berterusan dan teratur.

Bersenam memang sudah menjadi kebiasaan setiap manusia yang menjaga kesihatan. Tanpa bersenam, sistem kerja tubuh akan menurun sehingga boleh menimbulkan masalah-masalah kesihatan. Bersenam berfungsi meningkatkan metabolisme dan melancarkan peredaran darah sehingga dapat memberikan kesegaran tubuh.Oleh kerana itulah bersenam ini merupakan pilihan tepat dalam mengatasi perut buncit.

1. Jus limau
Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.
2. Elakkan minuman sejuk ketika makan
Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.
3. Berpuasa
Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.
4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur
Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.
5. Kombinasi makanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan