Halaman

Selasa, 3 Jun 2014

MANGSA KESEMPURNAAN

Tahukah anda bahawa ramai orang gagal mencapai kejayaan yang diimpikan disebabkan oleh faktor kesempurnaan. Dengan kata lain, kejayaan serta masa depan mereka dibunuh pleh kesempurnaan yang ditunggu-tunggukan tetapi tidak pernah kesampaian.

Izinkan saya untuk memberikan anda satu contoh. Saya ada banyak kawan yang ingin menjalankan perniagaan sendiri. Akan tetapi, apabila ditanya mengapa mereka tidak melakukan perniagaan tersebut,alasan yang kerap saya terima ialah:

Saya tidak ada modal.

Ekonomi tidak baik. Tunggu dulu.

Tidak ada lulusan perniagaan. (MBA)

Tak masak dengan selok-belok perniagaan.

Tak Tahu menguruskan pelanggan.

Dan banyak lagi ...

Orang yang berjaya tidak akan menunggu sehingga segala-galanyamenjadi sempurna sebelum memulakan sesuatu kerja atau mula mengambil sebarang tindakan.

Orang yang berjaya bermula daripada apa yang sedia ada dan memperbaikinya kemudian.

Kalau kita kaji balik kisah-kisah orang yang berjaya, majoriti daripada mereka bermula dari keadaan serba kekurangan.

Ramai orang yang berjaya hanya bermula dengan bekerja sebagai kuli atau buruh kasar sahaja. Pengetahuan serta pengalaman mereka datangnya daripada cabaran serta kegagalan yang dihadapi dan pengalaman tersebut tak ternilai harganya.

Orang yang kurang berjaya biasanya mengikut urutan yang salah.
Mereka menunggu untuk mencapai kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama padahal kita hanya dapat menghampiri kesempurnaan selepas memulakan langkah pertama.

Sebuah cerita untuk santapan anda

Pasa masa dahulu ada seorang pemuda yang ingin membeli sebuah meja untuk memulakan perniagaan menjual tiket. Pemuda tersebut pun pergi kepada datuknya untuk mendapatkan nasihat untuk mendapatkan wang bagi membeli sebuah meja.

"Cara kamu telah salah" terang datuknya.

"Kamu patut menjual tiket dahulu bagi mendapatkan duit untuk membeli meja. Bukan beli meja dahulu untuk memulakan perniagaan
menjual tiket" tambah datuknya.

Pemuda tersebut mengambil nasihat datuknya dan pada hari ini, beliau telah menjana berjuta-juta dolar tanpa membeli sebuah meja pun.

McDonald tidak bermula daripada sebuah kedai. Ianya bermula daripada sebuah gerai burger sahaja. Perniagaan Dominos Pizza bermula daripada sebuah van.

Bagaimana pula dengan anda?

Dengan bermula rm 65..shaklee menjanjikan pulangan sehingga 4@ 5 angka..

Besar mana pulangan yang anda mahukan..anda tentukan sendiri...

Tepuk dada tanya diri sendiri..

"Cukup selesakah anda dengan kehidupan sekarang"

Shaklee kejayaan dihujung jari:

Sid:970053
Uya Ali
0136017016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

PROMOSI