Halaman

Selasa, 8 Julai 2014

KENALI VITAMIN YANG ANDA MAKAN

Apakah Vitamin Semulajadi?

Vitamin semulajadi adalah vitamin yang dihasilkan melalui proses pengekstrakan, penyaringan dan pengeringan sesuatu bahan dari sumber semulajadi (buah-buahan, sayuran dan sebagainya) dan dijadikan dalam bentuk pil.

 Berbeza dengan vitamin sintetik yang dicipta di dalam makmal, dari bahan-bahan bukan makanan yang menyamai unsur sesuatu vitamin, vitamin semulajadi mengambil semua elemen vitamin dalam sesuatu bahan dan menyingkirkan serat bagi memudahkan penyerapan.

 Proses pembuatan vitamin semulajadi lebih rumit dan memakan masa yang lama, terutama bagi jenis vitamin yang tidak menjalani proses pengeringan menggunakan karbon dioksida.

 Vitamin semulajadi lebih mudah diterima oleh tubuh manusia, kerana unsurnya yang menyamai makanan sebenar.

 

KEBURUKAN VITAMIN SINTETIK

 Vitamin sintetik dibuat daripada bahan-bahan bukan makanan yang tentunya tidak sesuai dengan tubuh kita. Ia mempunyai unsur yang tidak lengkap menyebabkan penyerapan adakalanya tidak dapat berlaku dengan sempurna. Pelbagai kesan sampingan diketahui hasil pengambilan vitamin sintetik seperti kerosakan buah pinggang, tekanan tinggi dalam otak dan sebagainya.

 Vitamin sintetik adalah seperti imej vitamin semulajadi dalam cermin. Serupa tapi tak sama. Perlu diingat bahawa vitamin sintetik bukan vitamin tetapi pecahan disintesis (bahagian) dari vitamin kompleks. Analogi di sini adalah seperti kita beli kereta, tapi penjual kereta memberi kita tayar dan mengatakan “Inilah kereta anda”.

 Jauh kan bezanya?

 Atau nak makan tapi yang diberi adalah kulit telur.

 Vitamin sintetik hanya mengandungi satu komponen vitamin sahaja, yang mana vitamin sebenarnya memerlukan bahan lain bagi membantu penyerapan. Di dalam sebiji limau misalnya, selain vitamin C ia mengandungi bahan-bahan lain.

 Oleh itu vitamin C yang dihasilkan dari buah limau lebih mudah diserap dan diterima tubuh dari vitamin C semata-mata yang dihasilkan di makmal hasil sintesis bahan- bahan lain yang menghasilkan asid askorbik.

 

BAGAIMANAKAH CARA MEMBEZAKAN VITAMIN SEMULAJADI DENGAN VITAMIN SINTETIK?

1. Label
Lihat pada label yang ada di botol vitamin yang ingin anda beli. Vitamin semulajadi mengandungi bahan-bahan semulajadi, contohnya seperti dalam gambar di bawah:

 Vitamin tambahan di atas mempunyai bahan-bahan semulajadi yakni ekstrak dari Muscadine Grape, European Elderberry serta akar Purple Carrot dan Polygonum cuspidatum (Japanese rootweed).

 
2. Berhati-hati dengan ‘medical claim’
Pastikan produk yang anda ingin beli tidak mengandungi kenyataan yang ‘too good to be true’ pada label/botolnya. Misalnya “Mampu menyembuhkan sakit kanser dalam masa 14 hari”. Ini kerana, untuk produk keluaran USA, FDA (Food & Drug Administration) tidak membenarkan pengeluar membuat kenyataan bahawa produknya mampu mengubati atau mencegah sebarang penyakit. 

3. Reputasi pengeluar
Pastikan produk yang anda pilih adalah dikeluarkan oleh syarikat yang sudah lama berada dalam pasaran.
Misalnya produk syarikat Shaklee sudah 50 tahun di pasaran, berbanding produk ‘semulajadi’ keluaran syarikat XXXX yang baru 3 tahun dipasarkan. Yang mana satu anda rasa lebih patut dipercayai?


4. Mengikut dos keperluan harian
Jangan terpedaya dan teruja dengan label vitamin yang seperti ini: “Mempunyai 5 kali lebih Vitamin A”

“20 kali Vitamin E”

Dos yang berlebihan bagi vitamin-vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan.

 Pastikan vitamin yang anda ambil lebih rendah atau sama nilai dengan DV (daily value) yang disarankan.

5. Tanpa pengawet, perasa, pemanis dan pewarna tiruan
Vitamin yang asli dan semulajadi tidak memerlukan bahan-bahan tiruan sama ada untuk ‘coating’ atau memberi rasa yang ‘sedap’ atau warna yang menarik. Penggunaan bahan tiruan adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran, namun pada masa yang sama ia memberi kesan yang tidak elok kepada pengguna.

 Pastikan pil/tablet/kaplet vitamin/mineral yang anda ambil adalah menggunakan bahan-bahan asli. Walaupun baunya busuk, itu adalah petanda vitamin yang bagus.

6. Tanpa kehadiran gel silica
Apakah gel silika (silica gel)? Apabila kita membeli kasut atau beg tangan berjenama, sejenis bahan berbentuk bebola kecil yang dimasukkan dalam bekas kertas 4 segi disertakan bersama-sama.

 

Gel silika ialah sejenis bahan yang digunakan untuk menyerap lembapan. Fungsinya dalam kotak kasut ialah untuk mengelakkan ia ditumbuhi kulat sekiranya persekitaran di dalam kotak itu menjadi lembab. 

Gel silika ini juga boleh didapati dalam sesetengah botol vitamin dan mineral.

 Apakah fungsinya?
Vitamin yang dibuat dari bahan sintetik mempunyai kecenderungan untuk bertindakbalas dengan kelembapan. Oleh itu ia boleh bertukar menjadi warna hitam sekiranya dibiarkan berada dalam udara (udara mengandungi wap air).

 Vitamin semulajadi tidak memerlukan gel silika kerana ia tidak bertindakbalas dengan wap air di udara untuk menjadi satu bahan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

PROMOSI