Halaman

Khamis, 1 Mei 2014

Kenali sistem badan kita: Metabolisma

apa itu metabolisma. Ia adalah satu proses penukaran bahan tenaga seperti karbohidrat, protein & lemak menjadi tenaga.

Tanpa tenaga mustahil badan kita akan berfungsi dengan sempurna.

Metabolisma pula tidak sama untuk setiap orang. Orang yang gemuk dan berbadan besar semestinya mempunyai metabolisma yang tinggi.

Cuba kita lihat tangki minyak kereta viva dan tangki minyak honda accord 2.5 cc. Mestilah honda accord mempunyai tangki minyak yang besar kerana kapasiti enjin yg besar serta kerangka badan yang besar berbanding viva.

Lagi satu, orang yang mempunyai jisim otot yang besar ia memiliki metabolisma yang tinggi berbanding orang yang lemak sahaja banyak dibadan. Setiap 1 kg otot membakar lebih 73kcal berbanding lemak.

Ok, sekarang saya nak share dgn u all bagaimana untuk tingkatkan metabolisma.

Pertama sekali adalah minum air sejuk. Sebab badan akan proses lebih banyak tenaga bagi memastikan suhu air sejuk sama dengan suhu badan.

Kedua, adalah caffein. Tahukah anda 90% produk fat burner mengandungi caffein. A cup of coffee for every morning should be ok, but with less sugar

Ketiga, rempah ratus. Kerana ia mengandungi thermogenic effect yang hebat. Contohnya dalam rempah kari mengandungi capsaicin. Begitu juga black pepper mengandungi piperverine.

Bahan2 ini terbukti dapat meningkatkan metabolisma. Sebab itulah orang eropah bagai nak gila mencari rempah ratus di asia untuk tujuan masakan ketika musim sejuk.

Keempat, makan banyak protein. Protein sukar untuk diproses dan dicernakan. Ia memerlukan banyak tenaga supaya protein dapat dicernakan. No wonder kenapa atkin diet dapat meningkatkan metabolisma pengamalnya.

Kelima, makan sedikit tapi kerap. Ia meransang sistem percenaan untuk menggunakan lebih tenaga dari kebiasaannya. Dan juga untuk mengelakkan badan kita berada dalam 'starvation mode'.

Keenam, weight training atau latihan bebanan. Kajian menunjukkan latihan bebanan memberikan kesan 'after-burn' lebih tinggi dari senaman kardio biasa. Kesan pembakaran lemak berterusan sehingga 5jam selepas latihan bebanan dilakukan.

Selain daripada itu, weight training juga dapat meningkatkan pembesaran otot bagi lelaki. Jadi peningkatan jisim otot akan meningkatkan metabolisma badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

PROMOSI