Halaman

Selasa, 7 Januari 2014

Faedah dan kebaikan solat

Kita perlu ingat bahawa setiap perintah Allah itu ada mengandungi hikmat,faedah dan kebaikan yang banyak, sebagaimana setiap larangan atau tegahan dari Allah mestilah ada keburukan dan bahayanya.

bagi ibadat SOLAT, selain mendapatganjaran yang besar yang dijanjikan oleh Allah di akhirat nanti, ia juga merupakan suatu bentuk pendidikan rohani dan jasmani di mana ia secara langsung memelihara dan mendidik kita supaya menjadi orang yang baik,berbudi pekerti mulia,bersopan santun, berhati bersih dan berjiwa takwa.

Selain itu,solat juga merupakan benteng atau kubu bagi menyelamat dan memelihara diri kita dari segala keburukan dan kejahatan.

Hal ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya:

وأقم الصلوة ان الصلوة تنهى عن الفحشآء والمنكر

Maksudnya: "Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

(surah al-ankabut:45)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

PROMOSI