Halaman

Rabu, 31 Julai 2013

TIPS SIHAT UNTUK INDIVIDU YANG SIBUK

Kesibukan bekerja memberi cabaran kepada setiap daripada kita untuk meluangkan masa bagi menjaga kesihatan.


Berikut beberapa tip sihat yang mudah dilakukan dengan masa yang sedikit
1.  Cari Kualiti MasaDisebabkan terlalu sibuk bekerja anda hanya mempunyai masa terluang yang sedikit. Cuba habiskan masa tersebut secara bijak dengan teknik pengurusan masa. Amalkan gaya hidup sehat, cuba pejamkan mata kosongkan fikiran dan berada dalam keadaan sepenuhnya untuk beberapa minit.-

2. Simpan Makanan Sihat Dalam Peti SejukSetiap kali anda pergi shopping barang dapur, sila laburkan sedikit wang untuk membeli makanan yang sihat, seperti buah-buahn segar, salad atau sayur-sayuran , snek yang tidak berminyak (yang sihat sila baca label sebelum membeli). Dengan memperbanyakan makanan sihat setiap kali bila anda berasa lapar dan mahu makan dengan cepat, pasti anda akan mengambil stok makanan sihat yang sedia ada.

3. Banyak Minum Air
Letakkan botol air di tempat yang mudah dicapai seperti atas meja di pejabat banyak membantu mendapatkan kehidupan yang sihat. Menghirup bebarapa teguk air kosong setiap jam, bukan sahaja mengelak badan kekeringan bahkan membantu menyahtoksin dalam badan dengan mudah dan cepat.

4.Curi Masa melakukan SenamanBersenam tidak semestinya perlu pergi ke gim @ berjogging setiap hari. Sebaliknya senaman boleh dilakukan pada bila-bila masa terluang, sebagai contoh boleh berjalan dari tempat kereta ke pejabat, buang tabiat yang nak parking kereta dekat dengan pintu masuk. gunakan tangga berbanding lif (kalu setakat satu @ 2 tingkat tu, kalu lebih lagi ok) @ malakukan senaman mudah ketika sedang duduk di meja kerja.

5.Tidur
Bagi mereka yang stres dan sibuk, tidur merupakan perkara pertama yang akan terjejas, kurang tidur bukan sahaja akan membuatkan badan jadi lesu dan letih tetapi juga mengurangkan tahap kecergasan. Pastikan anda dapat tidur yang cukup sebelah malam. Jika tidak cukup pada sebelah malam , pilihannya cuma ambil masa 15minit pada siang hari untuk lelapkan mata. Kehidupan yang sibuk boleh menambahkan stress pada diri sekaligus mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kesihatan anda..bila badan tidak sihat ia akan rutin harian akan terjejas. Amatlah penting menjaga kesihatan diri.


tip sihat yang mudah seperti di atas dapat membantu dan membuatkan hidup anda lebih sihat dan cergas..di tambah pulak dengan pengambilan supplement shaklee. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

PROMOSI